suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajai & Exists bersyukur Mamat sudah bertunang, gembira perubahan positif vokalis kumpulan mereka

Ajai gembira meilhat perkembangan positif Mamat.

PEMAIN keyboard Exists, Ajai bersyukur dan tumpang gembira apabila vokalis kumpulan mereka, Mamat sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Yana pada 22 November lalu.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 51, berkata dia serta anggota Exists yang lain berbangga melihat perubahan positif ditunjukkan Mamat atau

Mohd Ali Kamarudin, 48, yang tampak lebih segar, sangat menjaga tutur kata dan adabnya sejak kebelakangan ini.

“Kami abang-abang dan Along semua rasa bangga dengan apa yang kami lihat sekarang. Maksudnya apa yang kami doakan dan impikan menjadi realiti.

Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Anda pun boleh nampak daripada wajah dia yang segar, kesungguhan dia, cara dia bercakap serta adab dia sekarang.

“Saya rasa lebih bagus begini sebab sekurang-kurangnya dia tidak lagi sunyi, malah makin kacak sekarang. Kami tumpang gembira dan sudah ucapkan tahniah kepadanya,” katanya kepada mStar.

Menurut Ajai, sebagai rakan seperjuangan yang sudah dianggap seperti adik sendiri, mereka sentiasa mendoakan kebahagiaan Mamat.

“Saya rasa dia memang perlukan orang yang menjaga dia. Anak-anak pun sudah besar, malah sudah bercucu pun. 

ARTIKEL BERKAITAN: Exists ‘simpan’ Mamat untuk konsert tahun depan, doa agar makin sihat di Pengasih

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Exist mengaku salah ambil dadah, didenda RM4,000 dan pengawasan AADK 2 tahun

“Dalam Exists, dia seorang sahaja yang sudah menjadi atuk, kami semua belum lagi. Jadi harapan kami moga kali ini kekal sampai ke jannah,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Ajai secara berseloroh menyifatkan Mamat seorang yang pandai menyimpan rahsia sebelum memaklumkan berita gembira tersebut menerusi WhatsApp mereka.

“Kita ada kumpulan WhatsApp, Mamat ini dahsyat, dia berahsia! Bila sudah tiba masanya baru dia beritahu hendak bertunang. 

Mamat sah bertunang pada 22 November lepas. 

“Cuma biasalah kalau abang-abang dia ini, kami akan buat sesi makan sendiri untuk meraikannya sebab masing-masing sibuk.

“Cuma saya pesan jangan bertunang lama-lama, ikutkan hati suruh kahwin terus sahaja. Tetapi dia jenis 'old school', katanya kena bertunang juga ikut cara yang betul untuk berkenalan dahulu,” ujarnya.

Sebelum ini, pengurus kepada penyanyi itu berkongsikan Mamat mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita di Johor pada 22 November lepas.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain