suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mak ayah pengamal ilmu hitam, anak tertekan rumah penuh barang pemujaan... Terfikir lapor pihak berkuasa nak selamatkan ‘syurga’

Siapa sangka, ibu bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada amalan khurafat bersikap sebaliknya apabila turut mengamalkan ilmu hitam di rumah. -Gambar hiasan

MEMBAYANGKAN rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung bertukar lokasi pemujaan pastinya boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa seram sejuk.

Situasi itulah yang sedang dihadapi seorang individu apabila dia meluahkan rasa tertekan mengenai perbuatan syirik kedua ibu bapanya di rumah mereka.

Malah dia terfikir untuk melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa kerana enggan dianggap bersubahat dengan perbuatan mensyirikkan Allah SWT.

"Boleh ke lapor mak atau ayah pengamal ilmu hitam? Ada yang percaya ke? Kami sudah tak tahan," luahnya menerusi hantaran di Threads.

Menjawab pertanyaan warga maya mengenai dakwaannya itu, individu tersebut mendedahkan ibu bapanya melakukan ritual secara terang-terangan di rumah mereka.

Seorang pengguna di Threads mendakwa ibu bapanya mengamalkan ilmu hitam selepas menemui banyak barang pemujaan di dalam rumah. -Gambar hiasan AI

Malah rumah tersebut dipenuhi dengan barang-barang pemujaan yang menakutkan.

Perkongsian itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya bersimpati serta menggesa dia mengumpulkan bukti sebelum tampil membuat aduan rasmi.

"Lapor dekat pejabat agama, ambil gambar bukti-bukti yang ada. Kita sayang mak bapa, kita kena bertindak," antara komen netizen.

Bagi umat Islam yang mengamalkan perbuatan syirik, khurafat atau pemujaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Disihir pembantu peribadi, pelakon terkejut jumpa barang ritual ilmu hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Percaya amal ilmu hitam, jadi punca beberapa kematian di kampung... Pemuda bakar ibu hidup-hidup!

Bagi umat Islam, amalan syirik, khurafat atau pemujaan salah sebenarnya tidak terlepas daripada tindakan undang-undang dan boleh dilaporkan terus kepada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

Aduan mengenai aktiviti berkenaan boleh disalurkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing untuk tindakan lanjut.

Di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), terdapat peruntukan khusus berkaitan kesalahan berhubungan dengan akidah seperti pemujaan salah di Bawah Seksyen 3 dan doktrin palsu (Seksyen 4).

Sekiranya sabit kesalahan di Mahkamah Syariah, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut.

  • Seorang anak meluahkan rasa tertekan dan buntu selepas ibu bapanya didakwa mengamalkan ilmu hitam di rumah.
  • Netizen melahirkan rasa simpati serta menggesa individu tersebut mengumpulkan bukti bergambar sebelum membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa agama.
  • Bagi umat Islam, amalan pemujaan salah dan doktrin palsu boleh dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri seperti JAWI di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
  • Pesalah disabitkan di Mahkamah Syariah berdepan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tiga tahun, enam sebatan, atau ditahan di pusat pemulihan akidah.
  • Laporan polis turut boleh dibuat di bawah Kanun Keseksaan sekiranya amalan tersebut membabitkan jenayah fizikal, ugutan, pemberian bahan berbahaya, atau penipuan wang.

Tidak hanya itu, mahkamah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan pesalah ditahan di pusat pemulihan akidah yang diluluskan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi tujuan pemulihan.

Bagaimanapun, pihak penguat kuasa agama memerlukan bukti fizikal atau keterangan kukuh sebelum sebarang siasatan atau pertuduhan dibuat.

Ini termasuk bukti seperti kewujudan tangkal, azimat, peralatan pemujaan atau saksi.

Dari sudut undang-undang sivil pula, walaupun tiada akta khusus untuk mendakwa memandangkan elemen ghaib sukar dibuktikan, laporan polis tetap boleh dibuat sekiranya amalan tersebut membabitkan jenayah fizikal.

Ini termasuk memasukkan benda asing atau beracun ke dalam makanan, ugutan jenayah, penderaan fizikal dan mental terhadap ahli keluarga atau penipuan kewangan yang boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Artikel Lain